Monday, June 23, 2008

Bakal ibu...

asalamualaikum n salam sejahtera...

sekarang baru aku sedar betapa sukarnya menjadi seorang ibu.. ni baru mengandung , belum beranak lagi... bila dah mula-mula mabuk ni... aku dah tak tahan ... harap tak berpanjangan.. makan pun tak lalu.. macam mana nak buat tu...? tapi kawan aku kata mabuk tu berbaloi.. jgn mabuk yang satu tu...

alhamdulillah la..sebab dah setahun aku tunggu ni..harap2 takda apa2.. sekurang2 nya aku ada pewaris...

tak tau nak tulis apa lagi... jumpa lain kali...

Thursday, June 5, 2008

ayah dan ibu....

Korang pernah dengar tak lagu ayah dan ibu , dendangan Allahyarham Sudirman.. kalau aku dengar lagu tu, tiba2 hati aku jadi sebak..sebab teringatkan arwah bapak aku yang dah 2 tahun pergi meninggalkan kami sekeluarga... betapa besar jasa bapak membesarkan kami... tak sempat nak membalas semua jasanya...sebab memang tak terbalas pun... mak aku pulak, kurang sihat sekarang ni, biasalah dah berusia... aku doakan kesejahteraan kedua2 orang tua aku dunia dan akhirat... kalau aku dapat kembalikan masa lampau, aku akan cuba menyenangi dan berbuat baik pada mereka sebaik mungkin... korang macam mana..? hargailah mereka selagi mereka bernyawa...takut nanti, kita menyesal seumur hidup....!

Saturday, May 3, 2008

risau....

Aku kesian tengok mak aku...risau..mak aku kurang sihat...nak bawa ke klinik, mak berkeras tak mahu..macam dah putus asa je...sebab dah selalu 'mencari ubat'..tapi masih juga macam tu..penyakit tak baik2..aku sebagai anak..memang la risau..puas aku n kakak aku pujuk...tetap jugak tak mau...macam manaa yek??? macam mana nak buat aku tak risau....????macam mana nak tolong mak aku lagi???aku pun dah mati akal!!!!Allah, tolonglah ringankan 'beban' mak aku...

Monday, April 28, 2008

aku cuba tak tension...

assalamualaikum buat semua yg mengenali...

hari ni aku bosan..tak tau la kenapa..so aku terpikirlah pulak nak buat blog ..nak juga ada blog macam org lain. dapat ilmu ni pun lepas tengok TV3 pagi Jumaat lepas..aku tak ingat program apa tapi wardina pengacara pagi tu..dlm segmen tu ajar buat blog..so aku tengok mudah je..aku main ingat jelah stepnya n cuba buat..aku pun bukan terror sangat bab IT ni..rugi tak belajar dgn housemate aku yg ambik IT masa belajar kat U dulu...

yang aku tak berapa sedap hati ni..pasal esok(susah hati ni ha..)
ishh...aku geram betul la dengan bos aku...main lepas tangan je... takpa la..esok aku terpaksala berdepan dengan cabaran.. doakan aku berjaya mengharungi semua ranjau duri...hentam jelah..
oklah..aku rasa tak da apa nak tulis kat sini..esok2 je lah..ni nak mengisi perut yg kosong dgn burger..makan burger je malam ni... bosanla makan nasi je..tukar selera sekali sekala apa salahnya kan???